Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

KUNJUNGAN MUHIBBAH TUAN YANG TERUTAMA MR. QUAN ZHEZHU, STANDING COMMITTEE MEMBER OF THE 13TH NATIONAL COMMITTEE OF CHINESE PEOPLE’S POLITICAL CONSULTATIVE CONFERENCE (CPPCC) AND VICE-CHAIRMAN OF THE COMMITTEE OF ETHNIC AND RELIGIOUS AFFAIRS, CPCC NATIONA

Berakas, Khamis, 14 November 2019M-Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman pagi tadi telah menerima Kunjungan Hormat daripada Tuan Yang Terutama Mr. Quan Zhezhu, Standing Committee Member Of The 13th National Committee Of Chinese People’s Political Consultative  Conference (CPPCC) And Vice-Chairman Of The Committee Of Ethnic And Religious Affairs, CPCC National Committee.

Majlis berlangsung di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan Baru, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam.

Menyertai bersama Tuan Yang Terutama Mr. Quan Zhezhu, Standing Committee Member Of The 13th National Committee Of Chinese People’s Political Consultative  Conference (CPPCC) And Vice-Chairman Of The Committee Of Ethnic And Religious Affairs, CPCC National Committee ialah  Mr Luo Liming, Member of CPPCC National Committee, Member of Committee on Ethnic and Religious Affairs CPPCC National Committee; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong dan Teuan Yang Terutama Mr Hu XSuefeng, Member of CPPCC National Committee, Member of Committee on Ethnic and Religious Affairs CPPCC National Committee.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.

Kunjung Hormat tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China, disamping berkongsi pengalaman dalam perkara yang menjadi kepentingan bersama serta meneroka peluang kerjasama antara kedua-dua buah negara dalam bidang keugamaan.

Tuan Yang Terutama Mr. Quan Zhezhu, Standing Committee Member Of The 13th National Committee Of Chinese People’s Political Consultative  Conference (CPPCC) And Vice-Chairman Of The Committee Of Ethnic And Religious Affairs, CPCC National Committee dan delegasi berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka lawatan 5 hari bermua pada hari Rabu, 13 November 2019M hingga hari Ahad, 17 November 2019M.

Semasa Lawatan di Negara Brunei Darusalam, Tuan Yang Terutama Mr. Quan Zhezhu, Standing Committee Member Of The 13th National Committee Of Chinese People’s Political Consultative  Conference (CPPCC) And Vice-Chairman Of The Committee Of Ethnic And Religious Affairs, CPCC National Committee dan delegasi telah mengadakan Kunjungan Muhibbah kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman. Tuan Yang Terutama dan delegasi juga dibawa melawat ke tempat-tempat menarik di negara ini iaitu Dewan Majlis Mesyuarat Negara; Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampong Katok; Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan; Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong; dan Bangunan Muzium Alat Kebesaran Diraja.




Attachments