Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PROGRAM هيا إلى العربية (HAYYA ILAL ‘ARABIAH) BAGI SEKOLAH-SEKOLAH ARAB JABATAN PENGAJIAN ISLAM, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA 1440H/2018 – 2019M

BELAIT, Rabu, 13 November 2019M–Program ini mula diperkenalkan pada tahun 2017 sebagai salah satu aktiviti sekolah-sekolah Arab, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui penyelarasan Bahagian Kokurikulum. Program ini merupakan kali kedua ianya diadakan  di Sekolah Arab Belait. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum, Sekolah Arab Belait dengan kerjasama antara Unit Bahasa Arab dan Unit Pengetahuan Islam serta Unit Al-Quran, Amali & Khat Sekolah Arab Belait pagi tadi.

Matlamat program ialah untuk membina sahsiah dan keyakinan diri penuntut kearah generasi cemerlang dan terbilang, memupuk semangat ukhuwah dan kerjasama antara warga sekolah dalam menjayakan aktiviti kokurikulum sekolah.

Adapun objektif program ialah untuk menyuntik, mendidik, mengasuh dan memupuk minat penuntut-penuntut dalam Bahasa Arab; meningkatkan keupayaan penuntut untuk bertutur dengan mudah dalam Bahasa Arab; dan menghidupkan persekitaran dalam meningkatkan kemahiran penggunaan Bahasa Arab.

Selain penuntut Sekolah Arab Belait turut serta dalam program ini ialah penuntut Ma’had Islam Brunei; penuntut-penuntut Sekolah Arab Temburong; Sekolah Persediaan Arab BSB; Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit; Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha; Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah; dan Sekolah Ugama Daerah Belait.

Pengisian program هيا إلى العربية   ialah pertandingan Amazing Race. Disediakan juga petak kemahiran-kemahirankemahiran membaca, bercakap, mendengar, dan menulis. Di samping itu dihiburkan dengan petak-petak Permainan dari Bahagian Pengetahuan Ugama Islam, Bahagian Al-Quran, Khat dan Amali Ugama. Terdapat juga petak-petak Jualan, Bouncer dan Memanah.






Attachments