Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

“MASJIDKU MA’MUR, NEGARA BERKAT”DI MASJID OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN, BANDAR SERI BEGAWAN

Bandar Seri Begawan, Ahad, 08hb September 2019M–Masjid adalah ibarat Rumah Allah, dan sesungguhnya menghadirkan diri beribadah ke masjid serta mendirikan sembahyang secara berjemaah itu mempunyai kelebihan darjat berbanding sembahyang secara perseorangan.

Program “Masjidku Ma’mur, Negara Berkat” di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien pada minggu ini dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan disokong oleh Jabatan Perdana Menteri, ianya merupakan satu program mingguan dan ajakkan bagi mengalu-alukan jemaah meningkatkan kehadiran bagi memakmurkan masjid dan seterusnya bersama-sama secara istiqamah (berterusan) mendirikan Sembahyang Fardu Subuh secara berjemaah di awal waktu di masjid.

“Masjidku Ma’mur, Negara Berkat” turut memberikan peluang kepada para pengunjung bersempena acara “Bandarku Ceria”, memulakan langkah dan keceriaan hari mereka dengan meraih keberkatan melalui partisipasi menunaikan tuntutan sembahyang fardhu secara berjemaah dan merebut ganjaran pahala melalui bacaan wirid-wirid selepas sembahyang dan kegiatan keagamaan yang telah diaturkan. Program kali ini diserikan dengan tazkirah bertajuk “Budaya Sihat Cepat Merebak” yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Waajidun Ni’am bin Haji Dollah, Pegawai Pelajaran Kesihatan, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.


Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan II; Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri; Yang Berhormat Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan; Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Yang Mulia Awang Haji Mohd. Sarudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Ma’murnya masjid-masjid di Negara ini, adalah antara landasan kita bagi menggandakan amal kebajikan dan meraih keberkatan dari Allah Subhanahu Wata’ala bagi diri kita, keluarga dan juga Negara.


Attachments