Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS IBADAH KORBAN SUNAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA RAJA ISTERI SERTA KERABAT BAGINDA DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA DI ISTANA NURUL IMAN BAGI TAHUN 1440H/2019M

MAJLIS IBADAH KORBAN SUNAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU‘IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK HAJAH SALEHA BINTI AL-MARHUM PENGIRAN PEMANCHA PENGIRAN ANAK HAJI MOHAMED ALAM SERTA KERABAT BAGINDA DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA DI ISTANA NURUL IMAN BAGI TAHUN 1440 HIJRAH / 2019 MASIHI


Bandar seri Begawan, Ahad, 11 Ogos 2019M (Istana Nurul Iman)–Majlis Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam Serta Kerabat Baginda Dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha Di Istana Nurul Iman Bagi Tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi diraikan pagi tadi di Istana Nurul Iman.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain dijunjung oleh Pengerusi Bersama dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Ibadah Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam Serta Kerabat Baginda dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha Di Istana Nurul Iman Bagi Tahun 1440Hijrah/2019 Masihi.

Sebelum majlis dimulakan, takbir Hari Raya dilaungkan beramai-ramai yang dikepalai oleh 120 orang wakil-wakil Jabatan-Jabatan Kerajaan, Guru-Guru Ugama, Mahasiswa-Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi, Pasukan Beruniform, Kumpulan-Kumpulan Belia dan Persatuan-Persatuan dan NGO. Seterusnya bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dipersembahkan oleh Yang Mulia Awang Haji Hazwan bin Haji Salim, Johan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Tahun 2018, Pegawai Pelajaran Ugama di Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Manakala Intisari ayat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Khairul Azhar bin Idris, Penolong Pegawai Kurikulum dan Buku Teks di Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal ugama.

Seterusnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan mengurniakan daging ibadah korban kepada 100 orang penerima khas iaitu 50 orang lelaki dan 50 orang perempuan yang terdiri daripada asnaf fakir dan miskin daripada keempat-empat daerah.

Bagi memberkati Majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Pada tahun ini, sebanyak 172 ekor sapi, dan 14 ekor kambing dikorbankan, dan sebahagian daging ibadah korban sunat tersebut diagihkan kepada sejumlah 10,277 orang asnaf fakir dan miskin di seluruh negara, yang terdiri daripada ketua keluarga serta tanggungannya iaitu 7,109 orang di Daerah Brunei-Muara, 1,530 orang di Daerah Belait, 1,302 orang di Daerah Tutong dan 336 orang di Daerah Temburong.

Kira-kira 6,000 orang jemputan hadir bagi sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidiladha di Istana Nurul Iman terdiri daripada Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan, Pasukan Beruniform, institusi pengajian tinggi dan pelajar-pelajar sekolah ugama, Kumpulan-Kumpulan Belia dan Persatuan-Persatuan dan NGO.

Sementara itu disebelah petang, diadakan acara Pengagihan Daging Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Serta Kerabat Baginda Bagi Tahun 1440H/2019M bagi Daerah Daerah iaitu Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Temburong.


Attachments