Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYERAHAN AGIHAN ZAKAT MODAL PERALATAN BERUSAHA

Daerah Tutong, Selasa, 16 April 2019M, Asnaf Fakir Miskin di Negara Brunei Darussalam terus mendapat perhatian Majlis Ugama Islam Brunei dalam meringankan bebanan kehidupan mereka.

Pagi tadi, Majlis Penyerahan Agihan Zakat Modal Peralatan Berusaha telah diadakan di Kg Telamba, Telisai di Daerah Tutong. Penerima Agihan Zakat Peralatan Berusaha adalah Awang Jelehi bin Hj Md Noor menerima sebuah Mesin Jahit.

Hadir bagi menyempurnakan penyerahan agihan zakat modal peralatan berusaha ialah Yang Mulia Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Akop, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei.

Peralatan berjumlah $1,200.00 (Satu Ribu Dua Ratus Ringgit Sahaja) diambil dari peruntukan  Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin Majlis Ugama Islam Brunei.

Adalah diharapkan semoga dengan adanya agihan zakat modal peralatan berusaha ini akan meningkatkan semangat dan usaha para penerima agar berusaha lebih gigih dalam meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik dan sempurna.



Attachments