Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

RUN & RIDE FOR HUMANITY “Do it for them”

Bandar Seri Begawan, Ahad, 10hb Mac 2019M–Kumpulan Syababul Iman Belia Masjid Sultan Sharif Ali Kg Sengkurong (MSSAS), Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Takmir Masjid Masjid Sultan Sharif Ali Kampong Sengkurong (MSSAS) dengan sokongan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan hari ini telah mengungkayakan Program Run & Ride For Humanity bagi mengisikan Program Bandarku Ceria di Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada Program tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Antara aktiviti Program Run & Ride For Humanity pagi ini ialah aktiviti larian 3 kilometer dan 5 kilometer mengelilingi Bandar Seri Begawan.

Program Run & Ride For Humanity juga diisikan dengan acara berbasikal sejauh 19KM mengelilingi Bandar Seri Begawan.

Selain itu, aktiviti padang seperti diklamasi sajak, pamiran, penjualan baju dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Belia-belia Masjid juga diadakan di Taman Haji Sir Muda ‘Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.


Program Run & Ride For Humanity ini merupakan program riadah sambil beramal yang bertujuan untuk mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana alam di Sulawesi Tengah, Indonesia dan juga golongan-golongan yang memerlukan di Negara Brunei Darussalam.

Program ini juga diselajurkan dengan program Capital of Islamic Culture For 2019 in the Asian Region dan antara pengisian pada subuh hari iaitu “Masjidku Makmur Negara Berkat”.

Matlamat Program Run & Ride For Humanity ini diadakan ialah untuk memberi galakkan kepada masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan membangun kerohanian masyarakat serta membina dan mengeratkan silaturrahim antara Kumpulan Syababul Iman Masjid Sultan Sharif Ali Kampong Sengkurong (MSSAS) dengan masyarakat serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Terdahulu Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, diikuti dengan doa dan senamrobik dan seterusnya Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam merasmikan perlepasan acara berbasikal sejauh 19 kilometer, larian 3 kilometer dan 5 kilometer mengelilingi Bandar Seri Begawan dan seterusnya Tetamu Kehormat turut menyertai larian 3 kilometer.  

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah oleh Tetamu Kehormat Majlis kepada Video Kreatif Terbaik dan Deklamasi Sajak. Seterusnya Penyampaian Sijil Penghargaan kepada wakil agensi-agensi yang telah memberi kerjasama dalam pengendalian program berkenaan.

Majlis diakhiri dengan penyampai cenderamata kepada Tetamu Kerhormat oleh Yang Mulia Awang Najib Min Fadhlillah bin Haji Abd Majid, Ketua Belia Shababul Iman, Belia Masjid Sultan Sharif Ali Kg Sengkurong.



Attachments