Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PROGRAM ; MENGHALUSI IBADAH SOLAT BAGI ORANG SAKIT

Daerah Tutong, Isnin, 11 Februari 2019-Sebagai langkah memberi peluang kepada para muslimah khususnya untuk lebih memahami atacara solat bagi orang sakit dan bagaimana melaksanakannya, satu program menghalusi ibadah solat bagi orang sakit telah diadakan di Masjid Kampong Bukit, Daerah Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah isteri Penghulu Mukim Ukong, Daerah Tutong, Yang Mulia Hajah Radiah binti Abdullah.

Program ini telah diungkayahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Bukit, Daerah Tutong. Program ini juga merupakanlanjutan daripada program yang pertama kali diadakan oleh Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan dan kefahaman para muslimah berkaitan solat bagi orang sakit. Disamping memberi peluang kepada para muslimah untuk lebih memahami permasalahan berkaitan solat bagi orang sakit secara praktikal, program ini juga dihasrat untuk mengeratkan silaturahim Muslimah Kelas Bimbingan Muslimah, Ahli Jawatankuasa Takmir Muslimah Masjid dan Jemaah Muslimah Masjid.

Fasilitator pada program tersebut ialah pegawai dari Khidmat Bantu Solat, seramai dua orang iaitu Yang Mulia Dayang Norafilah binti Sulong dan Yang Mulia Dayanhku Nur Ajaimah binti Pengiran Ajak.

Semoga dengan adanya program ini akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan, dan kefahaman  para muslimah dalam hal berkait dengan permasalahan wudhu, tayamum dan solat bagi orang sakit.

Program seumpama ini akan dilaratkan lagi ke daerah yang lain mengikut jadual yang telah ditetapkan dan tertakluk kepada perubahan.

 

Attachments