Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

LATIHAN PENUH (RAPTAI) MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1440HIJRAH/2019 MASIHI

Berakas, Isnin, 11 Februari 2019M,-Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1440 Hijrah/ 2019 Masihi akan diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula Hari Selasa (Malam Rabu), 8 Jamadilakhir 1440 Hijrah bersamaan 12 Februari 2019 Masihi hingga Hari Khamis Malam Jumaat, 10 Jamadilakhir 1440 Hijrah bersamaan 14 Februari 2019 Masihi, mulai jam 7.30 malam bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam dengan tema ”Memperkasa Pembelajaran Al- Qur’an”.

Bagi melancarkan dan memantapkan perjalanan majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1440H bersamaan 2019M tersebut pagi tadi telah diadakan latihan penuh (rehearsal) bertempat di Dewan Plenary Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Hadir bagi menyaksikan latihan pagi tadi ialah Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Jabatan Adat Istiadat Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1440 Hijrah.

Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz binOrang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama selakuPengerusi Jawatankuasa Kerja Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1440H bersamaan 2019M serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja yang lain.

Pada Tahun ini seramai 12 orang peserta iaitu 5 orang Qari dan 5 orang Qariah yang terpilih di peringkat Separuh Akhir Kebangsaan dan 2 orang peserta menunggu (seorang Johan Qari dan seorang Johan Qariah pada tahun 1439H/2018M) akan memperdengarkan bacaan mereka di Musabaqah Peringkat Akhir Kebangsaan tersebut.

Peserta Qari:

Haji Awang Muhammad Fikri Bin Haji Awang Metussin (Johan Menunggu)

Awang Ahmad Zul-Waqar Bin Haji Suhaili

Awang Haji Hazwan Bin Haji Salim

Awang Haji Muhammad Albi Bin Haji Ibrahim

Awang Muhammad Bin Ali

Awang Haji Nasrul Fakhri Bin Haji Yahya

Peserta Qariah:

Dayang Hajah Norfaizah Binti Haji Emran (Johan Menunggu)

Dayang Hajah Nurul Akmalina Binti Haji Yahya

Dayangku Fauziah Nadhirah Binti Pengiran Haji Jofri

Dayangku Siti Ummi Syazana Binti Pengiran Haji Marjuki

Dayang Siti Zahrina Binti Abdul Wahab

Dayangku Amal Zahirah Binti Pengiran Haji Jofri

Attachments