Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYERAHAN AGIHAN WANG ZAKAT KEPADA MANGSA-MANGSA BENCANA RUMAH ROBOH DAN KEBAKARAN

Berakas, 07 Januari 2019, Isnin-Di atas dasar pemedulian Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dalam membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa bencana rumah roboh dan kebakaran, satu majlis penyampaian Agihan Wang Zakat telah diadakan pada petang ini, bertempat di Dewan Multaqa, Lantai Bawah, Bangunan Baru Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Agihan Wang Zakat sebanyak $3,400.00 diambil daripada peruntukkan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin dan disampaikan oleh Yang Mulia, Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Akop, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam dan diserahkan kepada mangsa-mangsa rumah roboh di Kampong Saba Darat B yang ditimpa musibah pada 18hb Disember 2018, kebakaran rumah di Kampong Mulaut pada 04hb Disember 2018 dan kebakaran rumah di STKRJ Kampong Tungku pada 29hb Disember 2018.

Dua buah rumah roboh di Kampong Saba Darat B menerima bantuan, rumah pertama di alamat No. 171 ā€˜Pā€™ Kampong Saba Darat B, Brunei iaitu Awang Md Rizal bin Antong Umar, pemilik rumah bersama isteri dan 2 orang anak serta 1 orang adik menerima sebanyak $1,000.00 iaitu $200.00 setiap seorang.

Rumah Kedua di alamat No. 172 ā€˜Pā€™ Kampong Saba Darat B, Brunei iaitu Awang Md Shahroni bin Haji Mat Noor juga pemilik rumah bersama isteri dan 2 orang anak menerima sebanyak $800.00 iaitu $200.00 setiap seorang dan peralatan sekolah untuk 2 orang anaknya yang masih bersekolah.

Manakala Mangsa Kebakaran rumah di alamat No. 5, Spg 342-22-14-6, STKRJ Kampong Tungku iaitu Awang Haji Mekrat @ Meraj bin Haji Awang (pemilik rumah) bersama isteri dan 2 orang anak menerima sebanyak $800.00 iaitu $200.00 setiap seorang dan peralatan sekolah untuk 1 orang anaknya.

Dan Bagi Mangsa Kebakaran di alamat No. 30, Ban 4, Kampong Mulaut, rumah kepunyaan Awang Mursidi iaitu Nana Ruhyana (penyewa rumah) bersama 3 orang rakannya menerima sebanyak $800.00 iaitu $200.00 setiap seorang.

Agihan Wang Zakat yang dihulurkan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh para mangsa dan keluarga mereka untuk meneruskan kehidupan seperti sediakala serta akan lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dalam menjaga keselamatan mereka daripada ditimpa musibah seperti ini.


Attachments