Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PROGRAM REHLAH ILMIAH

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 November 2018, Juma’at–Dalam usaha mempergiatkan lagi program-program bercorak keugamaan bersempena dengan Hari-Hari Kebesaran Islam, Program Keugamaan Belia (PKB) di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama telah menganjurkan Program Rehlah Ilmiah. Program pagi ini diadakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul dan diselajurkan dengan sambutan ulangtahun pertama Program Keugamaan Belia. Program ini diungkayahkan melalui kolaborasi bersama Pusat Da’wah Islamiah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Program berlangsung di Masjid Kampung Belimbing Subok.

Program ini melibatkan Belia Da’ie Pusat Da’wah Islamiah; Belia Muallaf As-Syahada; dan Belia Masjid Kampung Belimbing Subok. Antara objektif program ini diadakan ialah untuk mempelbagaikan metodologi da’wah kepada golongan belia mengikut perkembangan semasa; membina jati diri yang berorientasikan Melayu Islam Beraja (MIB); dan memupuk rasa cinta terhadap masjid dengan memakmurkannya dari masa ke semasa.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Turut hadir ialah Yang Mulia Haji Abd Rajid bin Haji Mohd Salleh, Pengarah Pusat Da’wah Islamiah, dan Yang Mulia Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri, Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid.

Program ini diisikan dengan aktiviti seperti Qiamulail; Sembahyang Subuh berjemaah; Tazkirah Subuh yang disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohammad Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampong Belimbing, Subok; Bacaan Surah Al-Kahfi yang dikepalai oleh Yang Mulia Awang Muhammad Farhan @ Ali bin Halim, Mahasiswa dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Bacaan Surah Sajdah dan Surah Insan yang dikepalai oleh Yang Mulia Awang  Muhammad Hisyamuddin bin Hj Mahadini, Mahasiswa dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan Masjid Kampong Belimbing Subok serta merentang sajadah untuk persediaan sembahyang Jumaat.

Pelaksanaan program ini diharap dapat mendidik para belia agar bergiat aktif dalam aktiviti amal dan berbakti kepada masjid seterusnya akan melahirkan lebih ramai lagi belia Islam yang berdisiplin, bertanggungjawab tidak camah mata.


Attachments