Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS PEMBUKAAN TADARUS AL-QURAN BAGI MASJID / SURAU / BALAI IBADAT SELURUH NEGARA SEMPENA BULAN RAMADHAN BAGI TAHUN 1439 HIJRAH

Negara Brunei Darussalam akan mula berpuasa esok, Hari Khamis, 01 Ramadhan 1439H bersamaan 18 Mei 2018M.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama memaklumkan bahawa Sembahyang Sunat Terawih berjemaah dan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran akan bermula malam ini di semua masjid-masjid, surau-surau dan balai ibadat seluruh negara.

Oleh itu,  bagi sama-sama merebut peluang mendapatkan kelebihan dan pahala yang berlipat ganda dan menyemarakkan bulan Ramadhan, orang ramai adalah dialu-alukan hadir untuk sama-sama menunaikan Sembahyang Sunat Terawih berjemaah dan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran di masjid-masjid, surau-surau dan balai ibadat seluruh negara yang berhampiran dengan tumpuan di Jame’ ‘Asr Hssanil Bolkiah, Kampong Kiarong, Daerah Brunei dan Muara, Negara Brunei Darussalam.

 

Attachments
Created at 16/5/2018 4:27 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 19/5/2018 8:32 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK