بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Dalam usaha bersama membendung penularan
wabak COVID–19 di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Hal Ehwal Ugama
meneruskan lagi acara Malam Munajat, dengan mempersilakan kaum wanita di negara
ini untuk bersama-sama mempertingkatkan amalan dengan mengikuti Malam Munajat mala
mini yang lazimnya diadakan pada setiap hari Sabtu (Malam Ahad) secara maya.
Sertailah Malam Munajat anjuran
Kementerian Hal Ehwal Ugama Khas Untuk Wanita secara maya (selepas menunaikan
sembahyang Fardhu Maghrib, sembahyang Sunat Taubat dan sembahyang Sunat Hajat
bagi mendekatkan diri dan memohon keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala,
dengan bermunajat, beristighfar, membaca surah Yasin, berzikir, merafa’kan doa
secara serentak beramai-ramai dengan harapan agar rakyat dan Negara Brunei
Darussalam terhindar dan terselamat dari segala bala bencana dan penyakit
merbahaya khasnya wabak COVID-19 yang masih lagi melanda Negara Brunei
Darussalam.
Acara Malam Munajat juga diserikan dengan
Tazkirah.
Malam Munajat anjuran Kementerian Hal
Ehwal Ugama (Khas Untuk Wanita) secara maya seterusnya akan diadakan pada petang
ini iaitu hari Sabtu (Malam Ahad), 21 Syawal 1443H bersamaan 21 Mei 2022M
bermula jam. 6.48 petang.
MALAM MUNAJAT ANJURAN KEMENTERIAN HAL
EHWAL UGAMA KALI KE-36 (KHAS UNTUK WANITA)