بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji
Hassanal Bolkiah membukakan tawaran pengambilan pelajar bagi Program Diploma
‘Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi
2022-2025 bermula pada Hari Isnin, 17 Januari 2022M hingga Hari Isnin, 22
Februari 2022M.
Tawaran Pengambilan Pelajar bagi Program
Diploma ‘Aliyah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah
sesi 2022-2025 tersebut dibukakan kepada semua Warganegara dan Penduduk
Tetap Negara Brunei Darussalam yang berugama Islam.
Pemohon hendaklah:
i. memperolehi pangkat Kredit bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge
Peringkat Biasa (G.C.E ‘O’Level);
ii. memperolehi sekurang-kurangnya 3
Jayyid (baik) dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) termasuk
mata pelajaran Bahasa Arab, atau sekurang-kurangnya 3 Kredit dalam Peperiksaan
Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa (G.C.E ‘O’ Level) termasuk
mata pelajaran Bahasa Arab;
iii. lulus temuduga kemasukan Diploma
‘Aliyah Qiraat dan mempunyai Akuan Kesihatan dari Pusat Kesihatan Kerajaan yang
diiktiraf.
Bagi yang bukan rakyat Negara Brunei
Darussalam (ibu atau bapa bertugas di Jabatan Kerajaan atau Government Linked
Companies di Negara Brunei Darussalam) yang berminat dan berkelayakan, bolehlah
memohon dengan membuat Surat Permohonan Khas kepada Pengerusi Lembaga Institut
Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah melalui Pengetua Institut.
Borang permohonan boleh diperolehi di
pejabat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Simpang 175, KM
2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Bandar Seri Begawan pada waktu
pejabat dibuka, ataupun dimuat turun dari laman sesawang Kementerian Hal Ehwal
Ugama, www.kheu.gov.bn. Sila klik Borang
Tarikh tutup mengembalikan borang ialah
pada Hari Isnin, 22 Februari 2022M, jam 4.00 petang.
Bagi sebarang keterangan lanjut bolehlah
menghubungi Ustaz Haji Muhammad Azim bin Haji Ali di talian 8974981 dan Cikgu
Hajah Hasni binti Haji Mohd Salleh di talian 8881131.