Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
KURNIA TAMBANG MENUNAIKAN FARDHU HAJI BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1443 HIJRAH/ 2022 MASIHI

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Isnin, 08 Jamadilawal 1443H bersamaan 13 Disember 2021M-Kementerian Hal Ehwal Ugama menerusi Jabatan Urusan Haji sukacita ingin memaklumkan kepada Pegawai dan Kakitangan Kerajaan sama ada yang sedang berkhidmat maupun yang telah bersara bahawa permohonan untuk mendapatkan pengurniaan tambang menunaikan fardhu haji bagi musim haji tahun 1443 Hijrah/ 2022 Masihi telah dibukakan bermula hari ini, Isnin 08 Jamadilawal 1443H bersamaan 13 Disember 2021M.

Semua permohonan hendaklah sampai ke Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam tidak lewat pada hari Sabtu, 04 Rejab 1443H bersamaan 05 Februari 2022M. Permohonan tersebut hendaklah dihadapkan ke Jabatan Urusan Haji melalui Ketua Jabatan masing-masing sebelum tarikh tersebut.

Oleh yang demikian pegawai dan kakitangan yang berhasrat untuk mendapatkan borang permohonan pengurniaan tambang tersebut bolehlah memuat turun borang berkenaan melalui laman sesawang Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama www.juh.gov.bn.


Attachments
Created at 13/12/2021 7:18 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 12/2/2022 9:21 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK