Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU (PERINGKAT MENENGAH TAHUN 7) INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH BAGI SESI PENGAJIAN 1443H/2022M

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah sedang membukakan Tawaran Pengambilan Pelajar Baharu (Peringkat Menengah Tahun 7) Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bagi Sesi 1443H/2022M bermula pada 14 Jun 2021M hingga 11 Ogos 2021M.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Pemohon-pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :-

1.Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap;

2.Bagi yang bukan rakyat (ibu/bapa yang bertugas di Jabatan Kerajaan atau Government linked Companies di Negara Brunei Darussalam), boleh juga memohon dengan menghadapkan surat permohonan khas kepada Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah melalui Pengetua Institut;

3.Umur tidak melebihi (14) tahun pada 1 Januari 2022 atau berada dalam Tahun 6 Pengajian di Sekolah-Sekolah Kerajaan atau Swasta pada 2021;

4.Lulus dengan memperolehi pangkat ’C’ dalam semua matapelajaran bagi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (P.S.R) atau yang setaraf dengannya;

5.Lulus Temuduga hafazan Al-Quran yang dijalankan di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah;

6,Berkesanggupan tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian;

7.Mematuhi peraturan-peraturan Institut Tahfzi Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah;

8.Penerimaan pelajar tertakluk kepada keputusan Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Borang-borang bolehlah diperolehi di Pejabat Pentadbiran Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji  Hassanal Bolkiah, bermula 14 Jun 2021 atau di muat turun melalui laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama iaitu www.kheu.gov.bn.

Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji  Hassanal Bolkiah bermula 2 Ogos 2021 dan tidak lewat 11 Ogos 2021M semasa waktu pejabat iaitu (8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang) ke alamat:

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah,

Simpang 175, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha,

Bandar Seri Begawan BA2112, Negara Brunei Darussalam

Untuk keterangan lanjut sila hubungi melalui nombor telefon 2222090/2222093/2222096 sambungan 206, 230 & 234.

Borang-borang hendaklah dihantar TANPA menunggu keputusan PSR dan salinan keputusan bolehlah dihantar ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebaik sahaja keputusan diumumkan.

- TAMAT-

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU (PERINGKAT MENENGAH TAHUN 7) INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH BAGI SESI PENGAJIAN 1443H/2022M

 

 

 

Attachments
Created at 14/6/2021 11:32 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 4/9/2021 8:48 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK