Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS KESYUKURAN SEMBAHYANG FARDHU MAGHRIB DAN ISYA BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YAASIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 36, TAHUN 1441H/2020M

Negara Brunei Darussalam akan menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-36, Tahun 1441H/2020M pada 23 Februari 2020M dengan Tema Sambutan Hari Kebangsaan Tahun ini ialah “Menjayakan Wawasan Negara”.

Sehubungan itu, Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isya Berjemaah, Membaca Surah Yaasin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 36, Tahun 1441H/2020M akan diadakan secara serentak di keempat-empat daerah di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan utama di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada petang hari Sabtu malam Ahad, 28 Jamadilakhir 1441H bersamaan 22 Februari 2020M mulai jam 5.45 petang.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk sama-sama hadir ke masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara pada petang hari Sabtu malam Ahad, 28 Jamadilakhir 1441H bersamaan 22 Februari 2020M mulai jam 5.45 petang dengan tumpuan utama di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan dan beberapa masjid tumpuan yang lain iaitu seperti berikut:

Bagi Daerah Brunei dan Muara:-

- Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong

- Masjid Hassanal Bokiah, Kampong Mentiri

- Masjid Al-Amerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong

- Masjid Mohamed Bolkiah, Kampong Serusop

- Masjid Sultan Sharif Ali, Mukim Sengkurong

- Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampong Sungai Kebun

- Masjid Setia Ali, Pekan Muara

- Masjid Perpindahan Lambak Kanan.

Bagi Daerah Belait;

- Masijd Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait

- Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait dan

- Masjid Pekan Seria, Daerah Belait.

Bagi Daerah Tutong;

- Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong

Bagi Daerah Temburong;

- Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

Attachments
Created at 13/2/2020 11:12 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 13/2/2020 11:12 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK