Bagi menyemarakkan lagi sambutan
hari-hari kebesaran Islam di negara ini, khususnya dalam suasana menyambut
Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam setiap tahun, Majlis
Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu
‘Alaihi Wasallam bagi tahun 1441 Hijrah/2019 Masihi akan diadakan pada hari
Khamis, 24hb Rabiulawal 1441 Hijrah bersamaan 21hb November 2019 Masihi,
bermula jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan
Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam.
Diantara pengisian majlis ialah
Persembahan Bacaan Al-Quran; Persembahan Pengajaran dari Al-Quran; Ceramah Khas
dan Persembahan Dikir Marhaban.
Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah
dialu-alukan hadir bagi sama-sama menyemarakkan Majlis Perhimpunan Khas Wanita
sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi tahun
1441 Hijrah/2019 Masihi bertempat di Dewan Plenary Pusat, Persidangan
Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam mulai jam 8.00 pagi.
Sama-samalah memperbanyakkan selawat
serta salam ke atas baginda Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dan semoga kita semua
akan mendapat rahmat Allah Subhanahu Wataala dan mendapat syafa’at baginda
Shallallahu Alaihi Wasallam.
Tema bagi Majlis Perhimpunan Khas Wanita
sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi tahun
1441 Hijrah/2019 Masihi ialah ‘Meneladani Mu’amalat Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam’