Jabatan Hal Ehwal Masjid Kementerian
Hal Ehwal Ugama sukacita memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak,
bahawa pendaftaran untuk memasuki kelas
al-Quran dan Muqaddam (setiap hari Jumaat) di masjid, surau dan balai ibadat
seluruh negara bagi tahun 2020M, bermula pada 07 Oktober 2019 hingga 30
Disember 2019.
Borang pendaftaran boleh diperolehi
di Unit Kelas Al-Quran dan Muqaddam Bahagian Imarah Jabatan Hal Ehwal Masjid,
Simpang 15, Jalan Sumbiling, Bandar Seri Begawan atau di masjid, surau dan
balai ibadat seluruh negara.
Borang yang telah lengkap diisikan
hendaklah dikembalikan tidak lewat 31 Disember 2019 kepada guru
penghubung di masjid, surau dan balai ibadat di mana anak-anak mereka akan
mengikuti kelas tersebut.
Syarat penerimaan bagi kanak-kanak
yang akan memasuki kelas tersebut di atas hendaklah berumur 6 tahun pada 1
Januari 2020.
Sebarang pertanyaan mengenai kelas
tersebut, bolehlah berhubung terus dengan Hajah Surinah/Tini binti Haji
Shamsuddin, Ketua Unit Kelas Al-Quran dan Muqaddam, Bahagian Imarah, Jabatan
Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Simpang 15 Jalan Sumbiling,
Bandar Seri Begawan atau melalui talian 2223277 (waktu pejabat) atau
melalui telefon bimbit 8778570.