Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PENGAMBILAN PELAJAR BARU (PERINGKAT MENENGAH TAHUN 7) INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH BAGI SESI PENGAJIAN 2020M

Dengan hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah sedang membukakan Tawaran Pengambilan Pelajar Baru (Peringkat Menengah Tahun 7) Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bagi Sesi 2020M bermula pada 10 Jun 2019M hingga 19 Ogos 2019M.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Pemohon-pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :-

i.Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap.

ii.   Bagi yang bukan rakyat (ibu/bapa yang bertugas di Jabatan Kerajaan atau Government linked Companies di Negara Brunei Darussalam), boleh juga memohon dengan menghadapkan surat permohonan khas kepada Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah melalui Pengetua Institut.

iii.   Umur tidak melebihi (14) tahun pada 1 Januari 2020 atau berada dalam Tahun 6 Pengajian di Sekolah-Sekolah Kerajaan atau Swasta pada 2019.

iv.   Lulus dengan memperolehi pangkat 'C' dalam semua matapelajaran bagi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (P.S.R) atau yang setaraf dengannya.

v.    Lulus Temuduga hafazan Al-Quran yang dijalankan di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

vi.     Berkesanggupan tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian.

vii.    Mematuhi peraturan-peraturan Institut Tahfzi Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

viii.  Penerimaan pelajar tertakluk kepada keputusan Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Hassanal Bolkiah.

Borang-borang bolehlah diperolehi di Pejabat, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji  Hassanal Bolkiah, bermula 10 Jun 2019 atau di muat turun melalui pautan ini:- BORANG KEMASUKAN KE ITAQSHHB 2020.

Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji  Hassanal Bolkiah bermula 8 Julai 2019 dan tidak lewat 19 Ogos 2019M semasa waktu pejabat iaitu (8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang) ke alamat:

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji  Hassanal Bolkiah,

Simpang 175, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha,

Bandar Seri Begawan BA2112, Negara Brunei Darussalam

Untuk keterangan lanjut sila hubungi melalui nombor telefon  2222090/2222093/2222096 sambungan 229/230 & 206.

Borang-borang hendaklah dihantar TANPA menunggu keputusan PSR dan salinan keputusan bolehlah dihantar ke Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji  Hassanal Bolkiah sebaik sahaja keputusan diumumkan.


Attachments
Created at 4/6/2019 12:56 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 21/8/2019 8:55 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK