Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS MEMULAKAN PENGGUNAAN MASJID BARU KAMPONG BUKIT PANGGAL, DAERAH TUTONG


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan akan berangkat menunaikan Sembahyang Fardhu Jumaat pertama di Masjid Baru Kampong Bukit Panggal, Daerah Tutong pada Hari Jumaat, 11 Ramadhan 1440H bersamaan 17 Mei 2019M.

Masjid baru ini dibina di atas sebidang tanah yang berkeluasan 5.0 ekar dengan menggunakan peruntukan perbelanjaan dari Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam yang berjumlah BND$3 juta.

Majlis Mendirikan Tiang Masjid Baru Kampong Bukit Panggal telah diadakan pada 15 Mei 2018M. Masjid Baru Kampong Bukit Panggal adalah masjid kedua dibina dengan menggunakan peruntukan perbelanjaan dari Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam selepas Masjid Ar-Rahman, Kampong Tanjong Bunut.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid ingin memaklumkan kepada penduduk kampong Bukit Panggal dan yang tinggal di persekitarannya untuk sama-sama menunaikan sembahyang fardhu jumaat pertama di masjid tersebut.


Attachments
Created at 16/5/2019 1:56 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 18/5/2019 9:24 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK