Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui
Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah akan mengadakan Program
Peningkatan Kesedaran Mengenai Halal pada setiap bulan, tertakluk
kepada perubahan dan ianya dibukakan kepada semua lapisan masyarakat termasuk
peringkat institusi pengajian tinggi, agensi-agensi kerajaan mahupun
syarikat-syarikat swasta.
Sehubungan dengan itu, orang ramai
yang berkeinginan untuk menyertai program ini boleh membuat pendaftaran secara
atas talian (online) melalui pautan https://goo.gl/HCfK7M. Tempat duduk
adalah terhad kepada 50 orang sahaja, dan walk-in adalah tidak
dibenarkan.
Untuk makluman, pautan pendaftaran
akan ditutup serta merta setelah kouta mencukupi.
Untuk mengikuti perkembangan terkini
mengenai program tersebut, sila ikuti akaun media social Bahagian Kawalan
Makanan Halal di Facebook: Bahagian Kawalan Makanan Halal,JHES, KHEU dan
Instagram: @halal.bn.
Untuk sebarang maklumat lanjut,
orang ramai boleh menghubungi Bahagian Kawalan Makanan Halal melalui talian
2242570 atau email: bkmh@mora.gov.bn.