Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1440HIJRAH/2019 MASIHI

Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1440 Hijrah/ 2019 Masihi akan diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula Hari Selasa (Malam Rabu), 8 Jamadilakhir 1440 Hijrah bersamaan 12 Februari 2019 Masihi  hingga Hari Khamis Malam Jumaat, 10 Jamadilakhir 1440 Hijrah bersamaan 14 Februari 2019 Masihi, mulai jam 7.30 malam bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Negara Brunei Darussalam dengan tema ”Memperkasa Pembelajaran Al-Qur’an”.

Pada Tahun ini seramai 12 orang peserta iaitu 5 orang Qari dan 5 orang Qariah yang terpilih di peringkat Separuh Akhir Kebangsaan dan 2 orang peserta menunggu (seorang Johan Qari dan seorang Johan Qariah pada tahun 1439H/2018M) akan memperdengarkan bacaan mereka di Musabaqah Peringkat Akhir Kebangsaan tersebut.

Peserta Qari:

Haji Awang Muhammad Fikri Bin Haji Awang Metussin (Johan Menunggu)

Awang Ahmad Zul-Waqar Bin Haji Suhaili

Awang Haji Hazwan Bin Haji Salim

Awang Haji Muhammad Albi Bin Haji Ibrahim

Awang Muhammad Bin Ali

Awang Haji Nasrul Fakhri Bin Haji Yahya

Peserta Qariah:

Dayang Hajah Norfaizah Binti Haji Emran (Johan Menunggu)

Dayang Hajah Nurul Akmalina Binti Haji Yahya

Dayangku Fauziah Nadhirah Binti Pengiran Haji Jofri

Dayangku Siti Ummi Syazana Binti Pengiran Haji Marjuki

Dayang Siti Zahrina Binti Abdul Wahab

Dayangku Amal Zahirah Binti Pengiran Haji Jofri

Datanglah beramai-ramai dalam sama-sama menyemarakkan majlis Musabaqah Membaca al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan  tahun 1440 Hijrah/ 2019 Masihi. Dengan memakai Pakaian Cara Melayu/Lounge Suit bagi Lelaki dan Baju Kurung/Kebaya Bertudung/Baju Gaun Panjang  bagi Perempuan. Semoga beroleh keberkatan daripada Allah Subhanahu Wataala, aamin.

 

Attachments
Created at 7/2/2019 9:40 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 7/2/2019 9:40 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK