Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PENGAMBILAN CONTOH DARAH DAN AIR KENCING BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1440H/2019M

"Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama memaklumkan bahawa pengambilan contoh darah dan air kencing bagi bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam yang terpilih untuk menunaikan fardhu haji bagi musim haji tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi akan diadakan secara serentak di ke empat-empat daerah bermula pada hari Isnin, 22 Jamadilawal 1440H bersamaan 28 Januari 2019M seperti tempat-tempat berikut:

Bagi Daerah Brunei Muara pengambilan contoh darah dan air kencing akan diadakan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha sebelah pagi bermula dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi dan sebelah petang bermula pada jam 1.30 petang hingga 3.30 petang

Sementara bagi Daerah Tutong bertempat di Hospital Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al Muhtadee Billah; Daerah Belait bertempat di Hospital Suri Seri Begawan; manakala Daerah Temburong bertempat di Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam. Sebelah pagi bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan sebelah petang bermula pada jam 1.30 petang hingga 3.30 petang.

Semua bakal jemaah haji yang terpilih adalah dinasihatkan agar membuat pendaftaran terlebih dahulu iaitu bagi bakal Jemaah Haji daerah Brunei-Muara bertempat di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, manakala bakal Jemaah Haji di daerah Tutong, Kuala Belait dan Temburong bolehlah membuat pendaftaran di kaunter penyambut tetamu pesakit luar yang telah disediakan sebelum menjalani pengambilan contoh darah dan air kencing pada hari, tarikh dan masa yang telah dijadualkan dan ditetapkan dengan membawa bersama kad pintar, kad Bru-Hims dan kad perjanjian masing-masing.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah berhubung di talian 2382525 sambungan 283,284,286 dan 287 (waktu pejabat).

 

Attachments
Created at 28/1/2019 4:01 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 28/1/2019 4:01 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK