Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
BORANG PERMOHONAN PENGAMBILAN PELAJAR BAGI PROGRAM DIPLOMA ‘ALIYAH QIRA’AT INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH SESI 2019-2022M

Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah membukakan pengambilan Program Diploma ‘Aliyah Qira’at Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi 2019-2022 bermula pada Hari Khamis, 10 Januari 2019M.

Pengambilan Diploma ‘Aliyah Qira’at Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi 2019-2022 tersebut dibukakan kepada semua warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berugama Islam.

Pemohon-pemohon hendaklah memperolehi pangkat Jayyid (baik) sekurang-kurangnya 4 matapelajaran dalam peperiksaan SPUB (Sijil Pelajaran Ugama Brunei) atau; sekurang-kurangnya 4 kredit dalam Brunei Cambrigde GCE ‘O’ Level termasuk matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Arab atau yang sebanding dengannya.

Pemohon mestilah Lulus temuduga kemasukan dan mempunyai akuan kesihatan dari Pusat Kesihatan Kerajaan yang diiktiraf.

Bagi warganegara asing (Ibu/bapa yang bertugas di Jabatan Kerajaan Atau Sector Swasta Di Negara Brunei Darussalam) yang berminat dan berkelayakan bolehlah memohon dengan membuat permohonan bertulis kepada Pengerusi Lembaga Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Borang Tawaran boleh diperolehi di Pejabat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Simpang 175, KM 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Bandar Seri Begawan BA2112, Negara Brunei Darussalam pada waktu pejabat dibuka ataupun dimuat turun daripada laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam: www.kheu.gov.bn.

Tarikh tutup mengembalikan borang ialah pada Hari Sabtu, 11 Jamadilakhir 1440H bersamaan 16 Februari 2019M.

Sebarang keterangan lanjut bolehlah menghubungi Ustazah Himesadeja binti Adenan@Adinin di talian +673-8896931 (M) ATAU +673-2222090 / 093/ 096 sambungan 231.

Attachments
Created at 12/1/2019 2:36 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 12/1/2019 2:36 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK