Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PROGRAM PENINGKATAN KESEDARAN MENGENAI HALAL

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah sukacita memaklumkan bahawa Program Peningkatan Kesedaran Mengenai Halal akan diadakan pada hari Sabtu, 26 Januari 2019M pada jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Kuliah 2, Tingkat 1, Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Program dibukakan kepada semua lapisan masyarakat termasuk peringkat institusi pengajian tinggi, agensi-agensi kerajaan mahupun syarikat-syarikat swasta. Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berkeinginan untuk menyertai program ini boleh membuat pendaftaran secara atas talian (online) melalui pautan https://goo.gl/HCfK7M.

Para peserta akan diberi penerangan mengenai prinsip Halal dari sudut hukum dan aspek kebersihan, keselamatan makanan dan aspek kebersihan makanan dan keselamatan selain produk makanan. 

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Kawalan Makanan Halal melalui di talian 2242570; Emel: bkmh@mora.gov.bn; Facebook: Bahagian Kawalan Makanan Halal, JHES, KHEU; Instagram: @halal.bn dan Laman sesawang: www.kheu.gov.bn.

Attachments
Created at 8/1/2019 10:43 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 28/1/2019 3:10 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK