Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
KURSUS ASAS HAJI DIBUKAKAN KEPADA ORANG RAMAI

Kementerian Hal Ehwal Ugama menerusi Jabatan Urusan Haji buat julung kalinya akan mengadakan Kursus Asas Haji yang dibukakan kepada orang ramai yang ingin meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai ibadah fardhu Haji, khususnya kepada mereka yang berhasrat menunaikan fardhu Haji, serta pemohon yang mendaftar untuk menunaikan fardhu Haji dan dimasukkan dalam senarai menunggu.

Kursus Asas Haji antara lain akan memberi penerangan mengenai ibadah Haji dan Umrah, serta pengenalan dan sejarah Tanah Suci Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

Kursus akan diadakan pada hari Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi pada 13, 20, 27 Januari 2019; dan 03, 10, 17 Februari 2019, bertempat di pusat-pusat kursus berikut:

Daerah Brunei-Muara

-           Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong

-           Masjid Mohammad Bolkiah, Kampong Serusop

-           Masjid Hassanal Bolkiah, Kampong Mentiri

-           Masjid Sultan Sharif Ali, Kampong Sengkurong

Daerah Belait

-           Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait

Daerah Tutong

-           Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam, Kampong Sengkarai

Daerah Temburong

-           Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah diajukan melalui e-mel ke juh.kheu@mora.gov.bn.

Attachments
Created at 7/1/2019 8:30 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 14/1/2019 11:34 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK