Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
UJIAN LEMBAGA TASMIE’ MENGHAFAZ AL-QURAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI PUSINGAN PERTAMA TAHUN 1440 HIJRAH / 2019 MASIHI

Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Urusetia Lembaga Tasmie’ Menghafaz Al-Quran akan mengadakan Ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Pusingan Pertama Tahun 1440/2019M bermula pada bulan Februari 2019 yang dibukakan untuk Warganegara dan Penduduk Tetap sahaja.

Borang Permohonan boleh didapati di Pejabat Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS yang beralamat di Blok 2H, Tingkat 8, Bangunan Kondominium Ong Sum Ping (Bangunan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Perempuan), Jalan Ong Sum Ping; atau di muat turun melalui Weblog: www.pppq-mabims.blogspot.com.

Tarikh mula pengambilan Borang Ujian Tasmie’ adalah pada hari Rabu, 18 Rabiulakhir 1440H bersamaan 26 Disember 2018M.

Tarikh Tutup Permohonan dan Penghantaran Borang adalah pada hari Khamis, 03 Jamadilawal 1440H bersamaan 10 Januari 2019M.

Pengambilan dan Penghantaran Borang adalah pada jam 8.30 hingga 11.45 pagi dan jam 2.00 hingga 3.30 petang sahaja.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di talian 2237512 / 2233364

Attachments
Created at 2/1/2019 11:42 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 12/1/2019 1:49 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK